PUPUK@eUsahawan Train of Trainer (TOT) eUsahawan Hab Batch 5 (Day 1) by MDEC

6 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Disember 2023, Selasa, pihak MCMC dengan kerjasama MDEC telah mengadakan Train of Trainer (TOT) eUsahawan Hab Batch 5 secara atas talian yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang melalui aplikasi Zoom. Sesi tersebut telah dihadiri oleh beberapa PEDi terpilih yang diwakili oleh Pengurus PEDi dan Rakan Digital. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar tentang Fundamental of Digital Entrepreneurship dan Platform Marketplace oleh coach Mohammad Norazam Azmi.

Antara perkongsian beliau ialah tentang pengenalan kepada E-Usahawan Hab, Ciri – ciri seorang usahawan, strategi pemasaran, dan juga segmentasi pelanggan. Objektif eUsahawan adalah memberi latihan kepada Pusat Komuniti dalam menyampaikan pengetahuan Usahawan Digital.

Selain itu, latihan ini serba dapat membantu untuk memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada PEDi anjurkan untuk komuniti setempat. Diharapkan dengan webinar seperti ini dapat memberi manfaat dan dapat membantu usahawan untuk meningkatkan ilmu perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali